• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Search This Blog

Powered by Blogger.

Report Abuse

  • Home
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Kecantikan dan Kesihatan

Photo from Dwi Karya Weddings (FB)

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat anda yang sedang membaca sharing yang pertama untuk blog ini. Blog kedua Najla ini hajatnya ingin lebih professional dan terperinci, lebih kepada ilmu-ilmu kecantikan dan kesihatan.

Jadi kali ini, Najla nak kongsi tentang checklist persiapan sebelum berkahwin, sebab Najla pun sedang mencari-cari checklist yang paling sesuai dan valid di zaman sekarang ni. Najla ada masa dalam 5 bulan lebih je lagi untuk buat persiapan and guess what, Najla macam tak nampak lagi proses majlis kahwin ku ni ke mana. Rasa macam lama lagi kan, tapi orang sekeliling dah cemas untuk kita. Hahaha. Ada orang dia anggap checklist ni tak penting, tapi Najla rasa semua pengantin mesti perlu jugak tengok checklist sebab takut ada perkara yang terlepas pandang, maklum lah, kahwin kan sekali seumur hidup aja. Mestilah kita nak usaha sehabis baik untuk majlis kita. Orang lain kurang dari setahun dah kalut, Najla macam tak de ape pun lagi. Gunakan alasan tengah final year degree so boleh lah mengelak mengelak sikit kan.

Ok jom kita tengok apa dia senarai penting yang bakal pengantin ni perlu tahu, untuk pastikan dia dah settle atau tidak bahagian tu.

1. Pasangan atau Suami/Isteri.
Ini paling penting sekali, kalau tak ada yang ni, tak boleh kahwin. Majlis tak boleh buat. Hehe. (Ok kita gurau je jangan lah serious sangat). Tapi betul, kena ada yang ni baru boleh kahwin, takkan nak kahwin dengan bihun kan.

2. Daftar Kursus Kahwin.
Ini pun kena ada. Kalau tak ada lagi pegi buat cepat-cepat. Selalunya kursus kahwin ni orang buat 5-6 bulan sebelum majlis. Tapi ada yang ambil lagi awal, lagi bagus kan. Senang sikit dah settle satu benda. Ada orang yang dah buat awal-awal masa kat IPTA sebab selalunya kalau under Universiti dia akan murah sikit dari biasa. Sebab tu ramai kawan-kawan Najla yang amik siap-siap masa study, biar takde pasangan lagi pun. Heheh. Good job! Macam Najla amik kt UTM, tahun ke 4 ambil, second last semester (takde lah nampak macam gatal sangat kan amik masa tahun 4 hihi), dapat lah murah sikit dari biasa, dapat lah RM80 untuk kursus kahwin. Settle satu part. Yes!

3. Tetapkan Tarikh Nikah/Majlis.
Untuk part ni, biasanya dah ditetapkan atau dibincangkan masa majlis bertunang. Selalunya kedua-dua belah pihak dah pun bincang nak ikat berapa lama. 6 bulan ke 1 tahun ke. Bergantung pada persetujuan kedua-dua pihak. Bila dah tahu nak ikat berapa lama tu, then boleh lah buat perkiraan tarikh majlis. Macam Najla masa majlis bertunang decide dulu nak ikat berapa lama, then as the time goes by tu, bincang dengan tunang (and family) tarikh yang sesuai untuk kenduri. So bab tarikh ni dia penting tapi dalam masa yang sama jangan tergesa-gesa kena fikir betul-betul. Sebab nak kena tengok pihak lelaki okay ke tak, pihak kita lagi, saudara-mara, kawan-kawan. Kan. Jadi ambil masa sikit pun takpe, fikir-fikir dulu kemudian decide. Tapi jangan lah dah sampai 6 bulan ikat pun takde tarikh lagi. Nak kahwin ke idak kan? hihi. Bila dah ada tarikh baru lah masing-masing duk countdown, eh tak lama dah kan. Kena lah buat persiapan dengan speed yang lebih laju, kalau tidak macam tak sedar diri je kan nak kahwin. Ops.

4. Medical check-up/HIV test.
Yang ini wajib buat tau. Tak buat tak boleh kahwin. Sebab keputusan ujian ni akan dikepilkan bersama borang/dokumen penting yang lain. Selalunya ia akan ambil masa dalam seminggu, jadi kena set kan tarikh bila nak pergi tu. Lagi satu ujian ni dia kena buat appoinment dulu tak boleh main terjah je tau. Jadi urus lah awal, boleh set appoinment awal. Nanti tak ada lah kalut kan. Nak kahwin nanti ada macam-macam borang kena isi tau, jadi HIV test ni salah satunya untuk dapatkan kelulusan berkahwin tu.

5. Borang & Dokumen yang Berkaitan.
Ini checklist paling pening kepala, sebab senarai banyak sangat. Haha. Kalau boleh part borang/dokumen ni kita asingkan dalam satu checklist lain. Kena senaraikan borang apa yang dah ada, borang apa yang belum. Dan tanda yang mana dah settle, yang mana belum. Ada orang siap amik cuti kerja seminggu tau untuk nak fokus settlekan urusan borang ni. Ada bermacam borang nak kena sediakan, kalau tak ada, perkahwinan tak boleh di jalankan tau. So najla akan refer kat sini lah sebab Najla tinggal kat negeri Selangor, jadi refer JAIS. Korang kalau sama dengan Najla, boleh lah refer situ ok. Goodluck! hehe. Serabut kejap je, dah settle nanti confirm lega tau.

6. Tentukan Tema Majlis.
Part ni Najla tak sentuh banyak sangat ok. Sebab ada orang dia serahkan pada wedding planner, ada orang nak buat majlis ikut kemahuan sendiri. So up to you guys. Ada orang dia tak ada tema pun, masih lancar dan berkat je majlisnya kan. Ikut lah nak tradisional ke, moden ke, princess-princess ke, hehe. Tapi yang penting, bincang dan tetapkan warna baju apa nak pakai, supaya kita tak tenggelam di kalangan baju-baju family, dan juga pelamin. So kena fikir nak baju apa, nanti takde lah orang pelamin pening nak decorate pelamin kita kan. Yang penting taknak tenggelam ok! Macam Najla majlis simple je, tema tu taktahu lah kan, tapi baju dah tetapkan dah warna. Pada Najla, janji majlis lancar dan berkat, itu je yang Najla nak. Doa banyak-banyak bab ni!

7. Barang Hantaran dan Gubahan.
Bahagian ni pulak kena berbincang dengan pasangan supaya nanti tiada pembaziran yang berlaku. Sebaiknya beli barang yang belum ada, jadi selepas kahwin boleh lah digunakan baru lah rasa berbaloi kan. Tips nak cari barang hantaran ni, beli lah barang semasa ada sale. Dengan cara ni, kita dapat buat penjimatan tau. Dan lagi satu, beli lah ikut kemampuan kita. Jangan ikut orang, dan jangan beli sebab nak impress orang, nanti kita yang merana. Ada sesetengah keluarga yang jenis barang hantaran adalah hasil sponsorship dari ahli keluarga. Terpulang bagaimana kalian nak settlekan ok? Najla cuma beri cadangan. Untuk gubahan pula, untuk penjimatan, gubah lah sendiri (DIY) lebih jimat. Macam Najla recycle je dulang hantaran abang/kakak punya dulu-dulu. Masih cantik! Jimat!

8. Goodies.
Tempah mengikut kemampuan okay. Elakkan pembaziran. Beli goodies yang berbaloi dan sesuai untuk semua tetamu. Takde lah nanti bagi goodies berbeza lepastu tetamu mula macam 'nak yang tu', 'nak yang ni'. Kan dah susah. Bagi semua sama je, lebih senang. Goodies ni sebagai tanda terima kasih kita pada tetamu yang dah datang ke majlis kita, dan mendoakan kita. Jadi kita berilah seikhlasnya, mengikut kemampuan kita. Janji ikhlas. Jadi, survey lah awal supaya mudah nak tempah sebab dah tahu yang mana lebih berbaloi. Macam Najla suka survey di Instagram. Sebab sekarang banyak yang buat servis Goodies ni, tinggal kita je nak kena pandai cari.

9. Tempah Tok Kadi (Jurunikah).
Sila jangan tempah last minit ye. Sebulan dua sebelum majlis make sure dah tempah. Ramai orang nak kahwin kang Tok Kadi jadual padat, tak kahwin la awak nanti. Huuu.

10. Bilangan Jemputan.
Part ni selalunya pengantin akan serahkan pada Mak/Keluarga sebab mak yang lebih expert bab-bab tetamu jemputan ni. Jadi, kena tetapkan siap-siap berapa jemputan dan selepas pada tu boleh lah listkan siapa yang nak dijemput tu. Macam Najla tetapkan jemputan based on pengalaman masa kenduri kakak dan abang dulu. Jadi mak tetapkan nak jemput berapa ramai, lepas tu listkan lah nak jemput siapa. Dah tahu berapa jemputan mudah lah nak tempah catering dan goodies, kan?

11. Kad Kahwin.
Kad Kahwin tempah 3-4 bulan sebelum majlis. Bukan apa, takot tempah awal-awal kang tarikh bertukar pulak. Jadi 3-4 bulan tu dah sedang molek nak tempah kad kahwin. Ada orang suka kad kahwin vogue-vogue tapi macam selera Najla memang semua benda simple-simple je. Janji ada kad je. Ye lah orang sekarang semua jemput melalui Whatsapp/FB je. Dapat kad pun last-last buang juga. Jadi pilihlah yang berbaloi. Nak lagi jimat, design sendiri je. Boleh je guna PowerPoint ke ape, edit and design sendiri lepastu print dan fotostet atas kertas yang elok sikit, settle kan? Jimaaat.

12. Catering dan Kanopi.
Catering dan Kanopi ni Najla serahkan kepada parents sebab mereka lebih pakar. Seeloknya tempah pada yang berdekatan dengan rumah supaya senang untuk berurusan. Bila dah kenal depan-depan ni baru senang nak rujuk/bincang kan. Jangan lupa buat 'food test' kalau catering tu kita tak pernah rasa masakan dia. Kalau keluarga memang dah biasa guna catering tu, tak perlu lah nak 'food test' lagi tau. Hihi.

13. Pelamin.
Yang ini kena booking awal tau sebab kalau tidak melepas lah nak dapat pelamin idaman. Jadinya lock date siap-siap dengan tukang pelamin tu tarikh awak nak. Boleh survey-survey dulu untuk lihat mana yang berkenan di hati. Pelamin ni sangat berguna untuk kita ambil gambar momen momen indah tu nanti. Pelamin main peranan jugak untuk dapatkan gambar yang cantik. So penting cari tukang pelamin yang berilmu sebab nanti mesti dia akan advice kita untuk pakai baju warna apa yg sesuai dan dia mesti takkan buat pelamin yg bagi nampak awak tenggelam. Alhamdulillah sangat Najla dapat sponsorship pelamin dari Dwi Karya Weddings (FB) tau. Happy sangat sebab menang contest diorang buat. Dah lah pelamin semua superb! Happy tak terkata tau. Jadi sekarang Dwi Karya (IG) ada buat all-in package tau. Sangat berbaloi, korang boleh lah usha. Shuib dengan Sarah suka sangat tau guna servis DK Team ni. So bukan biasa-biasa tau Dwi Karya ni. Korang usha ok. Boleh terus klik nama tu.

14. Jurusolek.
Masuk part ni pulak bergantung pada individu. Ada orang tak suka beriya makeup, ada yang suka. Untuk jurusolek, sila survey awal hasil-hasil sentuhan jurusolek tersebut sebelum buat tempahan. Tengok review-review dari orang lain, ianya sangat membantu. Ada orang yang pandai makeup, dia makeup sendiri je tau, sangat jimat. Yela makeup ni kalau tempah mahu dalam 200 paling murah kan. Nak yang wow lagi dalam 500-600. So kalau jenis sendiri pandai makeup dah boleh save duit kat situ, so why not kan? Alhamdulillah Najla punya majlis nanti kenduri belah perempuan Najla guna servis makeup daripada Cheras, boleh check IG ni @mua_emmaidrus, makeup dia manis-manis, sweet-sweet je. Takkan ubah natural look kita. Boleh usha okay kalau berminat booking terus.

15. Baju.
Kebiasaannya pengantin akan pilih baju yang dah siap ada dalam pakej perkahwinan. Tapi ada juga yang baju nak pilih design sendiri, atau tempah dengan designer kesukaan kita. Zaman sekarang ni banyak je baju-baju cantik yang boleh digunakan untuk majlis nikah, yang penting kena pandai survey, dan pilihlah ikut kehendak kita dan kesesuaian. Yang penting selesa dan menutup aurat. Untuk baju, Alhamdulillah Najla dapat tajaan daripada fashion designer mahsyur, @stages_signature (IG). Abang Shah @ Irwanshah Stages (FB) ni based di Kuantan ya. Tapi insyaallah cawangan butik yang ke 2 akan dibuka dalam masa terdekat di Seremban. Masih dalam fasa renovation. Korang doakan ya? Baju hasil sentuhan Abang Shah ni semua cantik-cantik. Dress dia semua princess sangat! Korang boleh lah jenguk IG/FB Stages Signature tu tau. Untuk veil pula, Najla pilih veil daripada Ferra Exclusive untuk veil sanding, veil kat sini nampak wow sangat. Korang boleh juga survey. Ni IG dia, @ferra.exclusive dan ini FB dia, Ferra by HR. Satu je pesanan, iman kena kuat, takot rambang mata. Hehehe. Untuk baju nikah dan veil, tajaan adalah daripada @zdbridal, baju semua syariah compliances tau, boleh usha tau korang baju semua manis-manis menutup aurat. Harga pun berpatutan sangat! Follow IG diorang semua ni cepat tau.

16. Jurugambar.
Survey terlebih dahulu jurugambar yang menghasilkan gambar yang cantik. Survey awal boleh buat perbandingan harga. Jurugambar ni penting kerana momen perkahwinan kita cuma 1 kali seumur hidup, jadi mesti lah nak ada tukang yang ambil gambar kita kan. Simpan buat kenangan mesti lah nak kan yang gambar cantik kan. Untuk pakej gambar ni ada banyak jenis, so korang semua boleh survey la pakej mana yang korang mahu, ok? Jangan lupa, booking awal tau, supaya tak berlanggar tarikh dengan orang lain dan melepas jurugambar idaman kita. Untuk gambar ni ada orang dah booking 1 tahun lebih awal. Atau lagi 5-6 bulan nak hampir majlis tu boleh dah booking tau. Nak selamat booking je awal.

17. Kompang/Marhaban (Bergantung pada individu).
Part ni ada orang tempah, ada yang tidak. Kalau style Najla, memang tak amik part ni. Jenis Najla suka kenduri yang bertenang saja. Tak bingit telinga. Haha. Jadi Najla just pasang speaker, speaker besar tu tau, pasang playlist zikir-zikir yang menyenangkan telinga atau pasang lagu-lagu nasyid. Sejuk je rasa hati kan, tetamu nak makan pun tak tercekik.

Okay bila dah selesai semua checklist di atas ni, bakal pengantin boleh lah merehat-rehat kan diri sebelum majlis berlangsung. Nak jadi pengantin kan, pergi la spa ke, bagi rileks dan tenang, supaya nanti takde lah wajah nampak kusut dan suram je kan. Jangan lupa ambil kolagen dan vitamin C, untuk kulit yang lebih berseri nanti. Macam Najla memang amalkan Vitamin C Shaklee, Vitamin B lengkap (bersama dengan asid folik) dan juga protein sejak dari zaman study lagi (jaga awal-awal hihi).

INFO PENTING!
Oh ya, info penting untuk bakal pengantin wanita semua, jika kalian ingin merancang untuk hamil awal, merancang untuk mendapat anak, seeloknya bakal pengantin perempuan amalkan pengambilan asid folik lengkap dengan Vitamin B seawal 4-5 bulan sebelum berkahwin. Ini sangat membantu dalam proses mendapatkan zuriat. Ramai yang ingat, asid folik ni, dah mengandung baru kena amalkan. Tidak sama sekali ya. Asid folik ni membantu dalam penghasilan sel darah merah yang baru. Sebab itu orang yang tekanan darah rendah, akan diberi asid folik. Asid folik juga membantu mencegah kanser pangkal rahim ya wahai wanita.

Jadi kalau rasa nak zuriat cepat lekat tu, amalkan lah Asid Folik sebelum berkahwin lagi.

Nak order Asid Folik lengkap dengan vitamin B, dari Najla?

Vitamin B complex (lengkap dengan asid folic) - RM58.75 sahaja (4 bulan penggunaan)


Image result for click here to order


Nak order Vitamin C yang Najla amalkan?

Vitamin C - RM97.50 sahaja (6 bulan penggunaan).


Image result for click here to order


Itu saja perkongsian daripada Najla. Semoga sharing kali ini dapat membantu sedikit sebanyak bakal-bakal pengantin di luar sana dalam menguruskan majlis perkahwinan kalian. Semoga majlis bakal-bakal pengantin semua berjalan dengan lancar dan dimudahkan oleh Allah. Insyaallah.

Selamat menempuh alam berumahtangga!

Salam sayang,
Najla.
019-5275145.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts

Pengedar Shaklee since '14

Najla Mohayidin || seorang pengedar Shaklee di kawasan Mantin - Beranang - Semenyih - Kajang. Dan juga di seluruh Malaysia sejak 2014. Suka berkongsi tips-tips kecantikan dan kesihatan.

beetaminjangok.blogspot.com merupakan blog kedua saya yang lebih fokus terhadap kecantikan & kesihatan. Beetamin diambil daripada perkataan vitamin, dan jangok bermaksud cantik dalam loghat Kelantan.

Follow Us

  • Pinterest
  • YouTube
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+

Categories

recent posts

Sponsor

Buy Shaklee Online

Image result for esell logo

Click Image

Facebook Page

Blog Archive

  • December 2018 (1)
  • October 2018 (1)

Created with by ThemeXpose